“Buruknya Muka Laki Bini Ni… Jijik” – Almy Nadia Dihina

Pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia nampaknya telah mencuri perhatian sejak Fizz bergelar Datuk.

Baru-baru ini, pasangan ini telah dihina oleh individu yang tidak dikenali di laman media sosial Almy Nadia.

Penghinaan yang melampau ini dimuatnaik oleh Almy Nadia di satu entry di laman Instagram milik pelakon ini.

Memang amat melampau kata kata yang dilemparkan oleh individu berkenaan.

Ini tulis individu berkenaan:

“Buruknya muka laki bini ni. Jijik. Satu nak tanya, siapalah orang ulu yang anggap korang berdua kaya. Sebelum kau kahwin dengan beruk ni kau jual kuih karipap kan sebab tak ada income. Sedar diri mok oi!”

Setelah dihina oleh pemilik akaun yang tidak dikenali itu, Almy Nadia meluahkan rasa terkilan di laman IG miliknya.

Kata Almy Nadia, individu berkenaan mungkin ingin perhatian dan ‘famous’. Almya juga menggelarnya seorang yang tiada adap.

  Ini respon balas Almy Nadia:

“Di hari Jumaat yang mulia ini… Jom ramai-ramai kita follow this IG nak tak?? Hahahahhah kesian this IG tak ada orang follow dia.. nak follower dan nak famous this IG.. masuk rumah saya tak ada adap.. jom ramai-ramai please follow IG ini”

Ini foto yang dimuatnaik oleh Almy Nadia:

Di ruangan komen, ramai para peminatnya yang memberi sokongan kepada Almy Nadia supaya mengabaikan komen negatif seperti yang dilemparkan dari individu berkenaan.

Sebagai seorang selebriti, memang akan ramai haters yang muncul dan ada yang suka menghina para selebriti yang dibenci mereka, jadi bersabarlah.

Semoga pasangan selebriti Almy Nadia dan suami, Fizz Fairuz terus sukses dan teruskan kuat agar tidak terkesan lagi dengan komen komen negatif seperti ini.

Untuk pengetahuan, Almy Nadia dan juga Fizz Fairuz telah berkahwin pada tahun 2014 dan mempunyai anak perempuan.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *