Akhirnya Terbongkar…Ini Sebab Utama Perpisahan Antara Mereka..Elfira Loy Rimas Selalu Dibandingkan Dengan Bekas Kekasih Sufian Suhaimi

Elfira Loy Rimas Selalu Dibandingkan Dengan Bekas Kekasih Sufian Suhaimi

Pada 30 Jun lalu, penyanyi Sufian Suhaimi telah menghantar rombongan merisik dengan pemberian cincin tanda kepada pelakon Elfira Loy. Ini memberi erti bahawa hubungan mereka kini sudah lebih serius.

Oleh itu, Elfira berharap tiada lagi pihak yang terus membandingkan dirinya bersama bekas kekasih Sufian iaitu Izyan. Menurut Elfira, tidak adil untuk orang ramai membandingkan kisah silam seseorang dengan apa yang berlaku pada masa kini.

Masa dengan bekas kekasihnya, Sufian belum menjadi selebriti, jadi benda yang dia buat tidak dihebahkan. Saya seorang selebriti. Benda kecil yang saya buat pun mendapat ‘like’ yang banyak. Betul tak?

Kita tidak boleh membandingkan kisah lepas seseorang dengan yang sekarang. Setiap manusia berubah. Kalau pun dia tidak buat romantik dulu. Mengapa pula dia tidak buat sekarang. Mesti ada perubahan.

Terdahulu, Elfira dituduh sebagai punca perpisahan Sufian bersama bekas kekasihnya itu. Walaubagaimanapun, Sufian tampil menafikan dakwaan liar tersebut dan menjelaskan hubungan beliau dan Izyan telah putus beberapa bulan sebelum beliau dan Elfira mula berkenalan.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *