Fuhhh Memang Romantik Habis…“Sedih Tengok Bila Rasa Malu Dah Hilang” – Netizen Tergamam Tengok Neelofa ‘Tangkap Lentok’ Di Bahu Zul Ariffin

Bagi pengikut Instagram Neelofa, sudah pasti mengetahui aktres itu kini sedang sibuk di set penggambaran drama Ti Amo Sweetheart di Italy. Paling penting sudah tentulah kerana heronya adalah abang sado, Zul Ariffin. Peminat mereka malahan sudah mencipta hashtag #zulofa sebagai trademark gandingan mereka.

Ramai yang teruja dengan paduan pasangan lakon ini meluahkan rasa tidak sabar mereka untuk menanti drama itu ditayangkan di TV. Namun, semalam, ada sekeping gambar dimuatnaik pengarah drama berkenaan yang bikin media sosial kecoh!

Bila benci jadi cinta

Dalam gambar dimuatnaik pengarah itu, Neelofa dilihat agak terlentuk di bahu kiri Zul sambil memegang jaket aktor itu. Kedua-duanya menunjukkan ekspresi wajah ceria, seperti pasangan dilamun cinta gitu! Namun, tidak dapat dipastikan sama ada gambar itu diambil ketika salah satu babak atau mereka hanya berposing untuk rangka promosi.

Gambar berkenaan mengundang komen-komen negatif netizen yang terkejut dengan tindakan si cantik manis itu. Ramai meninggalkan komen, sebagai wanit bertudung Neelofa tidak sepatutnya melakonkan babak sebegitu.

Rasa malu dah hilang

Salah seorang pengikut meluahkan rasa sedihnya apabila melihat gambar itu. Akuinya, dia menghormati Neelofa sebelum ini namun gambar berkenaan menunjukkan aktres itu tidak tahu malu dan tidak menjaga maruah dirinya.

Lebih baik tak ambil watak peluk-peluk

Asal Lofa buat apa mesti kena

Bukannya berpeluk lagikan bersetubuh

Ada juga yang berpendapat kedua-dua mereka tidak berpeluk seperti disangka kerana tangan Zul di dalam poket manakala Neelofa sekadar memegang jaket Zul sahaja. Netizen ini juga cukup ‘kagum’ dengan pemerhatian peminat yang begitu teliti melihat mengalahkan profesor mengkaji kuman!

Gara-gara berkongsi gambar mesra Neelofa dan Zul Ariffin untuk promosikan sebuah drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di Instagram, akaun Michael Ang menerima pelbagai komen dan teguran daripada netizen. Kebanyakan mereka kurang selesa dan senang melihat kemesraan tersebut.

Malah ada juga menganggap Neelofa tidak seharusnya berposing seperti itu kerana Neelofa sangat terkenal dengan imej muslimah dan sering menjadi role model terhadap masyarakat.


Bukan itu sahaja, malah gambar mesra ini telah mencetuskan perbalahan di antara peminat artis kesayangan mereka. Ada juga yang membanding-bandingkan kemesraan kedua selebriti ini bersama pasangan co-star mereka dalam drama yang lain.

Walaubagaimanapun, tidak kurang juga yang memuji melihat mereka berdua dan teruja untuk melihat bagaimana chemistry di antara Neelofa dan Zul.

MH difahamkan Neelofa dan Zul akan bergandingan untuk sebuah drama Ti Amo Sweetheart 100 dan pengambaran ini dilakukan di Rom, Itali.

Drama arahan Michael Ang ini merupakan adaptasi sebuah novel hasil karya Suri Ryna dan bakal ditayangan di saluran Astro sempena Hari Raya Aidil Fitri akan datang.

Bagi MH, mungkin sebenarnya Neelofa tidaklah memeluk Zul seperti apa yang didakwa oleh orang ramai. Tetapi kerana angle yang ditangkap ketika itu, nampak seperti mereka terlalu ‘rapat’ sehingga nampak seperti peluk.

Secara logiknya, tidak mungkinlah Neelofa yang terkenal dengan imej muslimah berjaya sanggup menjatuhkan nama sendiri bukan? Mungkin hanya sedikit salah faham sahaja.

Apapun MH tahu pasti ramai yang teruja melihat bagaimana Neelofa berlakon bersama dengan Zul bukan? Rasa-rasa adakah chemistry mereka berdua akan menjadi?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *